Sunday, February 27, 2011

Majlis Gotong Royong Membersihkan Tapak Surau

Alhamdulillah majlis gotong royong membersihkan tapak surau Ar Raudhah Prima Saujana telah berjaya dijayakan. Ucapan terima kasih kepada semua penduduk yang datang dan bertungkus lumus berbersihkan kawasan tapak surau. Terima kasih juga kepada Jawatan kuasa kerana berjaya melaksanakan majlis gotong royong.

Santapan sebelum memegang parang.







 Terima kasih kepada pemberi pinjam gergaji engin..kerja semakin mudah..

Tuesday, February 22, 2011

Gotong Royong Membersihkan Tapak Surau

JawatanKuasa pembinaan surau Ar-Raudhah akan mengadakan satu majlis gotong royong seperti di bawah :

Tarikh : 27 Feb 2011
Hari : Ahad
Masa : 8.00 - 11.00 pagi
Tempat : Tapak surau Ar-Raudhah Prima Saujana

Sila bawa bersama peralatan masing-masing.
Kehadiran tuan puan didahulukan ucapan terima kasih.



Wednesday, February 16, 2011

Hadis-Hadis Rasulullah Tentang Kelebihan Bersedekah

Dari Abu Hurairah RA, Bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : “Apabila mati anak adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedeqah jariah, ilmu yang dimanafaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya.” (H/R. Bukhari).

Sesiapa yang sanggup diantara kamu menjaga dirinya daripada api neraka hendaklah ia bersedeqah walau hanya dengan sebiji kurma, dan sesiapa yang tidak mempunyai apa-apa hendaklah ia mengucapkan perkataan yang baik.” (H/R. Ahmad dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda "Sesungguhnya Allah berfirman kepadaku
"Nafkahkanlah hartamu nanti Aku akan memberi pula kepadamu!"
Terlalu banyak kelebihan bersedekah yang dijanjikan oleh Rasullullah, oleh itu marilah kita beramai-ramai merebut peluang yang dijanjikan. Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank 562021605926 atau bank Muamalat 12070005186712 atau hubungi Zaiazman 0192490300

Tapak Surau Ar Raudhah

Tapak surau Ar Raudhah Prima Saujana hanya menunggu masa untuk dibangunkan hasil dari sumbangan anda.


Taman Prima Saujana Perlu surau. Berita Harian 3 januari 2011


Saturday, February 12, 2011

Cadangan Pembinaan Surau Ar Raudhah Prima Saujana Kajang


Jawatan Kuasa Pembinaan Surau Ar Raudhah Prima Saujana Kajang Mengalu-ngalukan sumbangan ikhlas anda. Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank 562021605926 atau bank Muamalat 12070005186712, atau hubungi Zaiazman 0192490300.